Warisan sangkal dakwaan bekerjasama dengan PN
KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mengaitkan bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Menurut kenyataan Warisan pada Selasa, parti itu dengan tegas menyangkal akan bekerjasama dengan PN seperti yang dilaporkan dalam artikel terbaharu dalam Sarawak Report.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa laporan itu tidak benar.
Sarawak Report pada Isnin melaporkan khabar angin kini mengatakan Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) akan dilantik untuk 'memimpin pemulihan' dan sebagai balasannya parti yang baru ditubuhkan sebelum ini dan Warisan, akan menyokong PN.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!