Sedania tembus pasaran Thailand

Datuk Azrin Mohd Noor
Datuk Azrin Mohd Noor
A
A
A

SHAH ALAM - Sedania Innovator Berhad (Sedania) melalui anak syarikatnya, Offspring Inc mengumumkan telah berjaya menembusi tembok pasaran Thailand pada Selasa.

Pengarah Urusannya, Datuk Azrin Mohd Noor memaklumkan Offspring Inc kini berada di 11 negara eksport termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Brunei, Filipina, dan Rusia.

Ujar Azrin, antara fokus utama Offspring adalah untuk terus menakluki pasaran global di seluruh dunia.

“Pelan pengeksportan ke negara Thailand membuktikan syarikat terus memberi komitmen ke arah strategi pengembangan syarikat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, produk-produk Offspring Inc dijual di laman web yang disediakan khas untuk pasaran tersebut.

Menurutnya, laman web Offspring di Thailand itu turut disediakan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Thai.

“Saya amat yakin Offspring Inc akan berjaya menembusi pasaran Thailand dengan rangkaian produk organik kami yang berkualiti tinggi yang dilengkapi program pengedar komprehensif yang akan membantu pengedar kami memperluaskan jangkauan pasaran mereka,” ujarnya.

Tambah Azrin, barangan Offspring turut dijual di aplikasi dan laman web terkenal seperti Shopee dan Lazada Thailand.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Azrin berkata, Offspring Inc. akan memberikan tumpuan untuk mempelopori pasaran Thailand yang hampir RM25 juta setahun.

“Berdasarkan data statistik daripada penyelidikan pasaran yang dilakukan oleh Offspring Inc, jumlah kelahiran di Thailand dianggarkan sekitar 780,000 bayi baru lahir setiap tahun.

“Data tersebut memberikan peluang yang sangat cerah dan baik untuk Offspring Inc.

“Kami menjangkakan Thailand akan menjadi negara eksport terulung untuk pasaran Asia,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!