Bapa Ebit Lew meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Bapa kepada penceramah terkenal, Ebit Lew meninggal dunia sebentar tadi.
Menerusi kemas kini di Facebook, Ebit memaklumkan beliau dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles di sini untuk menuntut jenazah bapanya.
Menurut kenyataan itu, jenazah akan dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang sebelum dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya ALLAH berat rasa ujian ini. I love you bapak.
"Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya ALLAH ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga firdaus untuk beliau.
" Ya ALLAH temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya ALLAH inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku," tulisnya di Facebook pada Selasa.
Ebit sebelum ini ada berkongsi perkembangan kesihatan bapanya berusia 84 tahun yang merosot kebelakangan ini dan pernah dirawat di Hospital Kubang Kerian pada April lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!