Bangkai paus Humpback ditemui dalam hutan Amazon
MARAJO - BRAZIL. Bangkai seekor paus Humpback berukuran 11 meter dilaporkan ditemui dalam kawasan hutan Amazon, jauh daripada habitat asalnya.
Bangkai mamalia marin seberat 10 tan itu ditemui di kawasan paya bakau di Pulau Marajo, Pantai Araruna, berhampiran Sungai Amazon, Jumaat lalu.
"Kami hanya menyedari terdapat bangkai paus di situ apabila sekumpulan burung pemangsa kelihatan terbang mengelilingnya," kata Dirlene Silva dari Jabatan Kesihatan, Sanitasi dan Alam Sekitar (Semma).
Sementara itu, ahli biologi dari Institut Bicho D'agua, telah dipanggil bagi mengumpul sampel forensik untuk menentukan punca kematian.
Mereka percaya, paus berusia 12 bulan itu, telah pun mati ketika ia dihanyutkan ombak besar ke kawasan terbabit.
"Kami masih tidak pasti bagaimana ia terdampar di sana, namun kami percaya bangkai paus tersebut berada berhampiran pantai ketika ombak besar membawanya ke kawasan paya bakau berkenaan.- Dailymail
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!