Presiden IOC puji kesiapsediaan Tokyo 2020

Bach - Foto AFP
Bach - Foto AFP
A
A
A

PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyifatkan Tokyo telah melakukan persiapan terbaik sebagai tuan rumah menjelang temasya sukan terbesar dunia tersebut apabila atlet mula memasuki perkampungan Olimpik tersebut 10 hari sebelum upacara perasmian.

Menurut Bach yang tiba di Jepun minggu lalu sebelum menjalani proses kuarantin selama tiga hari, Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto telah melakukan tugasan yang sempurna dalam memastikan kelancaran edisi pada kali ini.

“Anda telah berjaya menjadikan Tokyo sebagai bandar terbaik yang pernah disiapkan untuk penganjuran Sukan Olimpik.

"Malah ia lebih luar biasa apabila berjaya dilakukan pada ketika kita semua berdepan situasi sukar (akibat pandemik Covid-19),” katanya.

Atlet-atlet mula memasuki perkampungan Olimpik tanpa sebarang majlis meraikan kehadiran mereka malah penganjur juga enggan menyatakan pasukan mana yang masuk atau berapa atlet yang kini berada di perkampungan Olimpik berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!