Pembelian kit RTK tingkat kadar saringan Covid-19 di Johor

Hasni (dua dari kiri) menyerahkan kit ujian antigen Covid-19 kepada Dr. Aman di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Johor Bahru pada Selasa.
Hasni (dua dari kiri) menyerahkan kit ujian antigen Covid-19 kepada Dr. Aman di Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

KOTA ISKANDAR - Langkah Kerajaan Johor membuat pembelian kit ujian rapid antigen (RTK-Ag) dan RTK menggunakan sampel air liur diharap mampu meningkatkan kadar saringan Covid-19 dalam kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia juga secara tidak langsung dapat membantu Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) untuk melakukan lebih banyak ujian dari semasa ke semasa.

"Pembelian kit ujian ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan bulan lalu.

"Harapan saya, masyarakat bukan hanya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial, malah dapat melakukan ujian saringan secara kendiri pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaian kit ujian RTK Antigen kepada JKNJ di Pejabat Menteri Besar, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kerajaan negeri telah menerima pesanan bekalan dua jenis ujian Covid-19, iaitu ujian RTK Ag sebanyak 130,000 kit manakala 50,000 kit lagi merupakan ujian RTK menggunakan sampel air liur.

"Pesanan ini merupakan 200,000 kit ujian yang telah diumumkan Kerajaan Johor menerusi PRE Ihsan Covid-19 3.0 yang diumumkan bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

''Ini adalah bekalan yang menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi pengurusan atau memperkukuhkan pengurusan pandemik Covid-19 di negeri ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!