Varian Delta punca peningkatan kes Covid-19: Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Varian Delta menjadi faktor peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, varian itu telah mendominasi seluruh pelosok negeri.
"Sebelum ini, varian Beta merebak tetapi Delta merebak dengan cepat," katanya pada sidang akhbar khas bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa.
Menurutnya, pada permulaan jangkitan nilai R-naught varian Delta adalah sekitar lima hingga lapan.
"Namun sekarang 100 individu yang positif, ia boleh menjangkiti 800 orang lain dalam masa singkat," katanya.," katanya.
Beliau berkata, semua pihak perlu mengambil tindakan antaranya menerima suntikan vaksin dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) agar tidak mudah dijangkiti.
"Pengambilan vaksinasi terbukti berkesan untuk menghalang lebih banyak kemasukan ke wad dan unit rawatan rapi (ICU)," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data pihaknya, seramai 2,779 petugas kesihatan yang positif Covid-19 selepas menerima vaksin, hanya tiga orang sahaja melepasi tahap tiga dan empat.
"Majoritinya hanya tahap satu dan tahap dua yang mana kita boleh menjalani kuarantin di rumah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!