Reggae Boyz laung amaran awal

Antara aksi menarik melibatkan pemain Suriname, Kelvin Leerdam (kanan) ketika menolak pemain Jamaica, Liam Moore (dua kanan) pada aksi kumpulan Piala Emas CONCACAF di Stadium Exploria, Orlando, Florida. -Foto: AFP
Antara aksi menarik melibatkan pemain Suriname, Kelvin Leerdam (kanan) ketika menolak pemain Jamaica, Liam Moore (dua kanan) pada aksi kumpulan Piala Emas CONCACAF di Stadium Exploria, Orlando, Florida. -Foto: AFP
A
A
A

JAMAICA dan Costa Rica menyingkap tirai saingan Piala Emas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan dalam perlawanan Kumpulan C masing-masing.

Pada aksi di Stadium Exploria, Orlando, Florida, Reggae Boyz menewaskan Suriname 2 - 0 hasil jaringan babak pertama Shamar Nicholson dan Bobby Reid untuk kemenangan skuad Theodore Whitmore ke atas anak buah Dean Gorre tersebut.

Sementara itu, Los Ticos kendalian Luis Fernando Suárez menjinakkan Guadeloupe 3 - 1 dalam satu lagi aksi hasil jaringan Joel Campbell pada minit keenam, Ariel Lassiter (21') dan Celso Borges (70') manakala Raphael Mirval (45+5) mengurangkan defisit gol skuad Jocelyn Angloma tersebut.

Pada aksi kedua, Jamaica akan menentang Guadeloupe manakala Costa Rica menentang Suriname.


KEPUTUSAN LAIN


KUMPULAN A

Mexico 0 - 0 Trinidad and Tobago

Amerika Syarikat 1 - 0 Haiti

Artikel Berkaitan:

El Salvador 2 - 0 Guatemala

KUMPULAN B

Kanada 4 - 1 Martinique

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!