Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Moratorium & i-Citra: Semua duit 'i'

13 Julai 2021 | Wacana
A
A
A
Baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu, dan juga pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Selain itu, program i-Citra dilancarkan, untuk membolehkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 serta kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan yang boleh dimanfaatkan seramai 12.6 juta ahli.

Ini bermakna, kali kedua moratorium automatik dan juga pengeluaram wang persaraan KWSP dibenarkan. Inisiatif itu membuatkan sebahagian besar peminjam dan pencarum menarik nafas lega.
Namun wajarkah pengeluaran itu dibuat sekali lagi?Bagaimana mengurus wang moratarium dan juga i-Citra dengan bijak?

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 273 jam 8.30 MALAM INI di semua platform media sosial kami: