11,079 kes, relevankah lagi Pelan Pemulihan Negara?

No Image Caption
A
A
A

PETANG semalam, ramai yang menggeleng kepala, ada yang mengurut dada dan ramai juga menahan marah.

Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang, diikuti total lockdown dan Pelan Pemulihan Negara, malah tidak cukup dengan itu sebahagian besar rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur dikurung kerana PKPD, nampaknya kes harian Covid-19 masih belum reda.

Lebih mengecewakan pada petang Selasa, angka harian yang dicatatkan telah memecahkan rekod. Bukan 9,000, bukan juga 10,000 tapi angka positif harian sudah mencecah 11,079 orang.

Dan lebih menakutkan angka harian di Selangor terus menjadi penyumbang utama dengan 5,263 kes dan agak mengejutkan angka di Negeri Sembilan tiba-tiba naik 'meroket’ kepada 1,033 kes.

Walaupun ramai yang memberi alasan peningkatan kes adalah disebabkan oleh jumlah saringan yang tinggi terutama di Lembah Klang, namun ada perkara yang perlu difikirkan sejenak.Persoalannya, adakah dengan saringan yang dibuat secara besar-besaran dan kes harian pula mencanak naik, PKPD dilaksanakan berkesan? Dan jauh lebih penting, kerajaan perlu menjawab, adakah Pelan Pemulihan Negara masih lagi relevan diguna pakai.

Ini kerana di bawah Pelan Pemulihan Negara, kita hanya akan bergerak dari fasa satu ke fasa dua apabila kes harian direkodkan di bawah 4,000. Malah, kalau mengikut ramalan Pelan Pemulihan Negara, pergerakan fasa itu akan bermula pada Julai ini.

Namun, dengan jumlah kes yang memasuki jumlah lima angka itu, pergerakan fasa satu ke fasa dua terutamanya di negeri-negeri di Lembah Klang masih terlalu jauh untuk dicapai.

Akhirnya ramai yang tertanya, sampai bila rakyat akan perlu berkurung. Sampai bila peniaga masih perlu menghitung hari untuk membuka bisnes dan mula mencari duit.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan perlu menilai semula rancangan Pelan Pemulihan Negara dan lebih penting kemungkinan melaksanakan total lockdown seketat PKP1.0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!