Lelaki nyaris maut 'ditelan' ombak ketika 'selfie'

Rakaman detik cemas lelaki hampir 'ditelan' ombak. - Mirror
Rakaman detik cemas lelaki hampir 'ditelan' ombak. - Mirror
A
A
A

SCARBOROUGH - ENGLAND. Detik mencemaskan apabila seorang lelaki nyaris maut 'ditelan' ombak ketika berswafoto di atas tembok pantai di Scarborough, East Yorkshire.

Insiden itu berlaku ketika keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.7 meter.

Jurugambar, Michael Knaggs berkata, hanya beberapa saat selepas berswafoto, lelaki berusia 30-an itu nyaris 'ditelan' ombak besar.

"Saya melihat ramalan kaji cuaca dan jadual air pasang surut pagi itu juga mengetahui ombak pasti akan berlaku.

"Saya pergi ke pantai untuk melihat keadaan tetapi terkejut apabila melihat seorang lelaki berjalan di atas tebing dan secara tiba-tiba berswafoto berlatar belakang ombak besar setinggi 3.7 meter, " katanya.

Tindakan lelaki itu nyata mengejutkan Michael hingga dia bersedia menghubungi pengawal pantai.

Bagaimanapun keajaiban berlaku apabila Michael ternampak lelaki itu beredar dari kawasan pantai dan menghilangkan diri.

"Dia memang bernasib baik." katanya. - Mirror

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!