Abby Abadi kesal Kumpulan K-Pop Blackpink seksi, tiada bantahan

Paparan Instagram Abby Abadi.
Paparan Instagram Abby Abadi.
A
A
A

KUMPULAN K-Pop terkenal, Blackpink telah menggegarkan pentas Malaysia dengan persembahan cukup bertenaga dan menghiburkan.

Bagaimanapun, dikala pengguna media sosial hangat memperkatakan kemeriahan konsert itu, pelakon Abby Abadi kesal terhadap etika dan garis panduan pemakaian untuk artis luar negara membuat konsert di sini.

Abby nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, juga mempertikaikan mengapa tiada bantahan ataupun protes yang dilakukan untuk membantah penganjuran konsert berkenaan sedangkan ahli kumpulan Blackpink berpakaian agak seksi.

Kenyataan Abby itu juga mendapat reaksi dari penyanyi rap Caprice yang menyatakan isu etika pemakaian tidak wajar timbul berikutan ia adalah konsert Blackpink dan tidak perlu disamaerti dengan konsert nasyid mahupun konsert rock.

Namun begitu Abby juga pelakon Gerak Khas menyangkal dakwaan itu malah menyifatkan penyanyi lagu Xde Hal Bro mengulas isu itu tanpa memahami hal sebenar.

"Saya nak beritahu isu tentang (kenyataan) saya yang awak ulas sampai buat video ni lari daripada apa yang saya cuba sampaikan, baca dulu kapsyen saya dan fahamkan betul-betul.

“Saya tekankan tentang 'double standard' dan ketidaksamaan garis panduan untuk artis luar negara yang membuat konsert di Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu dan begini

"Disuruh berpakaian sopan walaupun mereka bukan Islam tetapi tiba-tiba Blackpink buat konsert atas stage macam separuh bogel boleh pula?,” jelasnya di Instagram.

Artikel Berkaitan:

Selain itu beliau turut mempersoalkan tindakan Caprice mengaitkan cara penampilannya ketika bersama kumpulan Elite satu ketika dahulu.

“Kenapa zaman saya menganggotai kumpulan Elite juga yang awak sembangkan?

“Sudah hebat cara dakwahnya tetapi jangan rajin sangat ulas semua isu macam awak seorang sahaja yang tahu semua benda,” kata Abby.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!