PICK: Kelantan lepasi had nasional
KOTA BHARU - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 10.2 peratus sekali gus melepasi had peringkat nasional iaitu 10 peratus.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, jumlah tersebut melibatkan penduduk negeri ini yang sudah melengkapkan suntikan dua dos sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan dan badan dunia.
"Bagaimanapun untuk penerima suntikan dos pertama kita sudah mencapai 15 peratus sekali gus melepasi had kebangsaan," katanya
Menurutnya, kerajaan negeri akan terus melipat gandakan usaha dibawah PICK bagi memastikan imuniti kelompok mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata, PICK telah menunjukkan keberkesanan apabila kadar jangkitan dalam kalangan warga emas turut menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus.
"Sekiranya Kelantan menerima jumlah vaksin yang telah ditetapkan oleh kerajaan Pusat maka tahap imuniti kelompok akan berjaya direalisasikan.
"Orang ramai yang telah menerima suntikan vaksin diingatkan supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!