Beratur panjang di CAC Dewan Sukan Klang

Gambar kesesakan di CAC berkenaan yang dikongsikan Alisyazana menerusi laman Facebooknya.
Gambar kesesakan di CAC berkenaan yang dikongsikan Alisyazana menerusi laman Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pesakit Covid-19 tampil bagi berkongsikan pengalamannya bersama suami sewaktu bersama-sama terpaksa beratur panjang menunggu giliran di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Dewan Sukan Klang pada Isnin lalu.

Menurut perkongsian Alisyazana Zainal di laman Facebook, dia dan suami tiba di CAC berkenaan pada jam 9 pagi dan ketika itu, kelihatan ramai pesakit sudah beratur panjang bagi menunggu giliran masing-masing sebelum proses seterusnya.

"Orang beratur dari luar parkir dewan sampailah ke kawasan perumahan dan hingga ke jalan mati kawasan itu.

"Bayangkan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu mengandung dan anak kecil perlu beratur tengah panas terik ketika itu.

"Aku beratur dari jam 9 pagi sampai siap masuk kereta semula 7 malam," kongsinya.

Tali rintangan turut dipasang bagi memudahkan orang ramai beratur mengikut laluan yang disediakan bagi penambahbaikan tanpa menganggu kesesakan di kawasan taman perumahan berdekatan. - Foto Bernama
Tali rintangan turut dipasang bagi memudahkan orang ramai beratur mengikut laluan yang disediakan bagi penambahbaikan tanpa menganggu kesesakan di kawasan taman perumahan berdekatan. - Foto Bernama

Lebih menyedihkan, Alisyazana berkata, sepanjang beratur menunggu giliran, ada dalam kalangan pesakit turut mengalami simptom pitam, muntah dan sesak nafas.

Selain itu, dia turut mempersoalkan pemilihan lokasi CAC berkenaan yang dianggap tidak bersesuaian sehingga ada dalam kalangan pesakit perlu beratur di hadapan kawasan kediaman penduduk di situ.

Artikel Berkaitan:

"Aku tak tahu macam mana keadaan CAC sebelum ini tapi pengalaman pertama aku boleh dikatakan gila. Aku fikir dan aku kesian kepada fronliner ke hulu ke hilir tapi tak kan pengurusan tak fikir.

"Sepatutnya bila ada kes, kita dah ada pelan untuk hadapi semua ini," katanya.

Tambahnya, perkara sedemikian tidak sewajarnya berlaku memandangkan negara sudah berhadapan wabak Covid-19 sejak tahun lalu.

Isnin lalu, Penduduk Taman Sri Andalas di sini turut membantah keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan CAC di lokasi berkenaan yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mereka.

Pengerusi Surau An Naim Taman Sri Andalas, Saijan Sikon berkata, rata-rata penduduk menyuarakan kebimbangan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes Covid-19 di kawasan perumahan mereka nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!