Tarikh bayaran Pemerkasa Tambahan dipinda 27 Julai

Penerima bantuan Pemerkasa Tambahan dijangka menerima pembayaran bermula 27 Julai ini.
Penerima bantuan Pemerkasa Tambahan dijangka menerima pembayaran bermula 27 Julai ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penerima bantuan Pemerkasa Tambahan dijangka menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai, menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran ini melibatkan kategori penerima pemandu teksi atau kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran yang memenuhi kriteria bantuan itu, manakala tarikh pembayaran bagi pemandu e-hailing akan dimaklumkan kemudian.

“Pihak APAD ingin menjelaskan bahawa pindaan tarikh pembayaran ini disebabkan oleh proses teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pemohon yang terlibat amatlah dikesali dan pihak APAD memohon maaf berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!