Verniaiev tidak ke Tokyo 2020

Oleg Verniaiev
Oleg Verniaiev
A
A
A

GIMNAS Ukraine, Oleg Verniaiev tidak akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah dikenakan penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.

Atlet berusia 27 tahun itu didapati positif penggunaan bahan terlarang meldonium pada Ogos 2020 dikenakan hukuman tersebut oleh Gymnastics Ethics Foundation yang mengendalikan sesi pendengaran tersebut.

Penggantungan tersebut bermula dari November 2020 itu juga menyaksikan atlet tersebut bakal terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun Verniaiev yang meraih satu pingat emas dan satu pingat perak pada edisi RIo 2016 sebelum ini membantah keputusan tersebut, menegaskan akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!