McDonald’s agih 300 burger kepada petugas perubatan

McDonald's Mutiara Damansara memberikan sebanyak 300 Rio Burger kepada petugas perubatan di PPV MIECC.
McDonald's Mutiara Damansara memberikan sebanyak 300 Rio Burger kepada petugas perubatan di PPV MIECC.
A
A
A

SHAH ALAM - McDonald's Mutiara Damansara mengagihkan sebanyak 300 Rio Burger kepada petugas perubatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), The Mines.

Restoran makanan segera itu dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu diambil bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan.

“McDonald's Mutiara Damansara mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada petugas-petugas perubatan di PPV Miecc, The Mines di atas dedikasi dan usaha keras dalam membantu pemberian vaksin demi keharmonian negara.

“Makanan ini diberi bagi menghargai mereka yang sibuk memperjuangkan jiwa dan raga mereka demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Tajaan makanan itu disampaikan kepada Dr KC Kong Yusoff yang mewakili petugas perubatan di PPV berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!