Kontinjen terbesar sejak edisi Los Angeles 1984
KANADA mengesahkan menghantar seramai 371 atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang merupakan kontinjen Olimpik terbesar negara Amerika Utara tersebut sejak edisi Olimpik Los Angeles 1984.
Menurut Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC), 225 daripada itu merupakan atlet wanita manakala 146 lagi adalah atlet lelaki
Atlet paling muda mewakili negara itu adalah atlet renang, Summer McIntosh yang berusia 14 tahun manakala paling tua atlet ekuestrian berusia 56 tahun, Mario Deslauriers.
Kontinjen Olimpik Kanada ini merangkumi 226 atlet baharu manakala 134 lagi merupakan atlet edisi Olimpik RIo 2016.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!