Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan MKN baharu

Rodzi dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN berkuat kuasa pada Khamis.
Rodzi dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN berkuat kuasa pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Rodzi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

Beliau berkata, sebelum ini, Rodzi berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) MKN.

"Syabas dan tahniah atas pelantikan Rodzi sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa pada 15 Julai 2021.

"Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rodzi, 57, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!