Jawi batal UPSRA dijadual Ogos ini

Jawi membuat keputusan membatalkan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 18 Ogos ini. - Gambar hiasan
Jawi membuat keputusan membatalkan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 18 Ogos ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan membatalkan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 18 Ogos ini.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa peningkatan kes Covid-19 khususnya di Wilayah Persekutuan serta tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa yang sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, Jawi akan menggantikan peperiksaan tersebut dengan kaedah Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah Agama (PPKSRA) yang bersesuaian dengan syarat dan kriteria pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 bagi tahun 2022.

"Pentaksiran berkenaan tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan dalam pembelajaran serta kemenjadian murid kerana perkara tersebut dapat dinilai melalui pelbagai kaedah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, Jawi merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam tempoh (PKP).

"Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah bersama-sama membantu menjayakan sesi pembelajaran anak-anak di rumah," katanya.

Turut membatalkan UPSRA pada tahun ini adalah Selangor.

Tahun lepas, Jawi turut membuat ketetapan membatalkan UPSRA.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!