Pemandu lori ditahan bawa rokok seludup bernilai RM915,000

Antara rokok seludup yang dirampas di tepi jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dekat Setiu pada Jumaat lepas. -Foto: ihsan polis
Antara rokok seludup yang dirampas di tepi jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dekat Setiu pada Jumaat lepas. -Foto: ihsan polis
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 30an dan merampas pelbagai jenama rokok seludup tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM915,000 di tepi jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dekat Setiu pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki yang juga pemandu lori terbabit ditahan kira-kira jam 9.20 pagi.

"Siasatan lanjut ke atas suspek mendapati dia memiliki dua rekod jenayah lampau sebelum ini.

"Suspek kini ditahan reman selama 15 hari sehingga 24 Julai depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!