Individu 60 tahun ke atas boleh terima vaksin secara 'walk in'

Dr Adham Baba -Foto Bernama
Dr Adham Baba -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Individu berumur 60 tahun ke atas di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang masih belum menerima vaksin Covid-19 boleh mendapatkan suntikan secara 'walk in' di pusat pemberian vaksin (PPV) berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan tersebut diambil setelah pihaknya mendapati terdapat individu berusia 60 tahun ke atas masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, data menunjukkan negeri Selangor dan Kuala Lumpur masih ada golongan 60 tahun ke atas masih belum divaksin.

"Jadi mereka boleh 'walk in' untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Dr Adham berkata, pihaknya akan mengembangkan projek tersebut di negeri-negeri lain dan bakal diumum dari masa ke masa.

Untuk rekod, seramai 2,478,289 daripada 2,988,678 juta individu berusia 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia sudah mendapatkan suntikan pertama vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Adham turut mengumumkan kebenaran kepada PPV Industri di Lembah Klang dan Negeri Sembilan untuk beroperasi 24 jam.

Katanya, ia adalah bagi memastikan proses vaksinasi di kawasan-kawasan yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak dapat dipertingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!