Sarawak benar ‘dine-in’ bermula esok

Makan di premis atau ‘dine-in’ dibenarkan di Sarawak bermula Jumaat. - Foto Bernama
Makan di premis atau ‘dine-in’ dibenarkan di Sarawak bermula Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Makan di premis atau ‘dine-in’ dibenarkan di Sarawak bermula Jumaat, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan hanya operator makanan termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 dibenarkan bekerja dalam premis makanan yang ingin beroperasi secara ‘dine-in’.

Garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) terperinci mengenai perkara tersebut juga boleh dilihat di laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Sarawak di https://mlgh.sarawak.gov.my

“JPBN ingin memberikan amaran tegas pada semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi SOP dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka (sekiranya tidak patuh).

“(JPBN akan) Menutup serta-merta (operasi mereka yang ingkar SOP) selama 14 hari jika berlaku penularan kes positif di premis yang dibenarkan beroperasi. Kos-kos saringan dan sanitasi akan ditanggung oleh operator atau pemilik premis,” menurut JPBN.

JPBN juga akan mengenakan kompaun jika operator atau pekerja gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sarawak pada Khamis mencatatkan 363 kes baharu Covid-19 dengan empat kes kematian baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!