Kereta curi ditemui, seorang lelaki ditahan

Kereta kancil dicuri di Sungai Petani (kiri) dan kereta kancil dicuri di Lunas,Kulim.
Kereta kancil dicuri di Sungai Petani (kiri) dan kereta kancil dicuri di Lunas,Kulim.
A
A
A

KULIM - Dua buah kereta Perodua Kancil dicuri di Sungai Petani termasuk di Lunas berjaya ditemui polis dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Bakong, Kuala Ketil, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kenderaan itu dicuri pada awal Januari di Sungai Petani dan 30 Januari di Lunas.

Menurutnya, hasil tangkapan seorang lelaki berusia 20 tahun membawa penemuan kedua kereta itu oleh pasukan Task Force Lejang dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kulim jam 2 petang.

"Pada 30 Januari jam 9 malam, salah seorang mangsa dari Sik meletakkan kenderaannya di parkir kereta di sebuah stesen minyak di Lunas dalam keadaan berkunci.

"Bagaimanapun pada 31 Januari jam 9.30 mangsa dapati kereta berkenaan telah hilang sebelum melaporkan pada pihak polis," katanya.

Kes disiasat 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!