Pemenang perak Rio 2016 tarik diri Tokyo 2020

Angelique Kerberb
Angelique Kerberb
A
A
A

PEMENANG pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dari Jerman, Angelique Kerberb mengesahkan tidak akan mengambil bahagian pada temasya edisi Tokyo 2020 yang bermula 23 Julai ini.

Menurut Kerberb pemenang acara perseorangan di Brazil enam tahun lalu, faktor kemerosotan prestasi berikutan kepadatan jadual merupakan antara penyebab beliau menarik diri dari menyahut cabaran pada kali ini.

Kerber pemenang tiga kejuaraan Grand Slam berusia 33 tahun itu sebelum ini mengharungi jadual padat beberapa bulan lalu, antaranya kejuaraan di Bad Homburg selain kejuaraan Wimbledon.

"Peluang mewakili Jerman pada London 2012 diiikuti Rio 2016 sememangnya satu penghormatan dan kenangan terindah sepanjang bergelar pemain tenis.

"Jadi situasi yang diharungi pada ketika ini menyebabkan saya terkilan untuk menerima kenyataan bahawa badan saya memerlukan rehat setelah berdepan jadual padat sebagai persiapan berdepan kejuaraan seterusnya.

"Terima kasih atas sokongan anda, kerana ini merupakan keputusan yang sangat sukar bagi saya. Semoga semua atlet Jerman edisi Tokyo 2020 beroleh kerjaya di Tokyo, saya akan merindui anda," kata Kerber.

Beberapa nama sebelum ini hilang dari radar Tokyo 2020, antaranya Roger

Federer, Rafa Nadal, Dominic Thiem, Serena Williams, Simona Halep dan Bianca Andreescu.

Artikel Berkaitan:

Sementara, pemain pilihan dari Britain,

Dan Evans dan Johanna Konta terpaksa disisihkan selepas dilaporkan positif Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!