Buat ‘lockdown’ di kilang jika ingin terus beroperasi

Kerajaan perlu laksanakan ‘lockdown’ di kilang-kilang yang beroperasi dengan mengawal pergerakan pekerja-pekerja setiap masa. Gambar hiasan Foto 123RF Gambar kecil: Dr Adlina
Kerajaan perlu laksanakan ‘lockdown’ di kilang-kilang yang beroperasi dengan mengawal pergerakan pekerja-pekerja setiap masa. Gambar hiasan Foto 123RF Gambar kecil: Dr Adlina
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu laksanakan ‘lockdown’ di kilang-kilang yang beroperasi dengan mengawal pergerakan pekerja-pekerja setiap masa.

Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr Adlina Suleiman berkata, ketua bagi setiap kilang bertanggungjawab dengan segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

“Ini termasuk proses pemberian vaksin kepada pekerja, ujian saringan untuk memastikan tidak berlaku penularan.

“Ketua kilang juga perlu pastikan pergerakan pekerja mereka ke kilang melalui jalan yang sama dan tidak boleh keluar daripada ruang yang disediakan jika masih mahu kilang terus beroperasi,” katanya ketika Wacana Sinar Harian Edisi ke 274 bertajuk PKPD: Tutup Depan Buka Belakang pada Khamis.

Wacana berkenaan turut diExco Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin dan Penyelidik Kanan DM Analytis, Zouhair Rosli sebagai panel.

Dalam pada itu, Dr Adlina berkata, tahap kesihatan rakyat Malaysia dilihat semakin menurun sehingga memberi kesan kepada fizikal dan mental akibat terlalu lama duduk di rumah sehingga kurang pendedahan dengan vitamin D.

Menurut beliau, masyarakat perlu sekurang-kurangnya untuk melakukan aktiviti diluar selama 30 minit untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi.

“Kesihatan kita pada hari ini lebih lemah daripada tahun lalu sebab tidak banyak lakukan senaman dan tidak menjaga pemakanan.

Artikel Berkaitan:

“Rakyat disarankan untuk melakukan aktiviti di luar rumah tanpa perlu pergi ke padang dan makan makanan yang tinggi dengan vitamin C serta seimbang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!