Isu balak: Penduduk kecewa pemetaan sendiri dinafikan
Timbalan Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Perak (JKONAP) Rahman Hasan berkata, pihaknya membuat pemetaan lokasi tanah dan wilayah adat sendiri bagi menyelamatkan tanah berkenaan.
Rahman berkata, pemetaan yang dibuat itu bukanlah bagi mengambil satu hutan simpan berkenaan atau Gerik secara keseluruhannya.
"Pemetaan kami buat sebab nak selamatkan wilayah adat kami. Bukan nak ambil satu Gerik, satu Ipoh, satu Perak, satu semenanjung Malaysia, kami buat pelan ni jarak perjalanan kami pagi sampai malam.
"Setakat itu sahaja. Kenapa datang kacau tempat kami. Yang kamu musnahkan ni tempat kami, tempat kami yang menderita," katanya.
Menurutnya yang mengamalkan perubatan tradisional, dia kesal kerana sekarang mengalami kesukaran mencari hasil hutan bagi rawatan penyakit tertentu.
"Ada juga penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti pembalakan ini yang datang berubat dengan saya sebab kena sakit kencing manis.
"Semua ubat tu ada dalam hutan, kalau dah tebang balak semua habislah sumber ubat-ubatan ni semua," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perak tunjuklah mana tanah adat kami!
ARTIKEL BERKAITAN:Kubur nenek moyang musnah
ARTIKEL BERKAITAN:Orang asli: Suhakam minta Perak cari kaedah lain jana hasil
ARTIKEL BERKAITAN:Hentikan segera pembalakan di Gerik
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!