395 individu diperiksa, tiga warga asing ditahan

Chang Hook
Chang Hook
A
A
A

JEMPOL - Tiga warga asing ditahan dalam Op Patuh Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada Khamis selepas didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ketika pemeriksaan, individu berkenaan bertindak menyembunyikan diri di belakang premis bagi mengelak ditahan namun taktik itu tidak berhasil.

"Sebanyak empat buah kilang, empat asrama pekerja dan beberapa buah premis perniagaan melibatkan 395 individu diperiksa dan tiga daripadanya ditahan dalam operasi yang bermula jam 2 petang itu.

"Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Jempol untuk dokumentasi dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Chang Hook berkata, sebanyak lima kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi tersebut.

"Gagal menyediakan buku daftar atau QR Code MySejahtera, pengimbas suhu rosak dan pekerja tidak memakai pelitup muka antara kesalahan yang dikesan," katanya.

Chang Hook berkata, operasi turut disertai Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Katanya, operasi diadakan bagi memastikan Akta Standard Minimum Perkilangan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446 (Pindaan 2019) dipatuhi selain tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!