Malaysia wajar melabur dalam sistem AV berkualiti tinggi

Dari kiri: Audrey Raj sebagai moderator, Dr. Gerard J. Louis, Lim Ming Wei dan Dr. Mas Jaffri Masarudin pada forum maya bertajuk Trend dan Cabaran Pendidikan di dalam Normal Baharu.
Dari kiri: Audrey Raj sebagai moderator, Dr. Gerard J. Louis, Lim Ming Wei dan Dr. Mas Jaffri Masarudin pada forum maya bertajuk Trend dan Cabaran Pendidikan di dalam Normal Baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Malaysia wajar melabur di dalam sistem audio visual (AV) berkualiti bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar dan kekal berdaya saing di dalam landskap yang pesat berevolusi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Pendidikan dan Pro-Naib Chanselor (Kesihatan Mental dan Kesejahteraan) HELP University; Dr. Gerard J. Louis berkata, pendidikan secara maya telah pun diamalkan di Malaysia sebelum ini.

Namun begitu katanya, pandemik Covid-19 telah menyedarkan rakyat di negara ini terhadap keperluan memiliki prasarana yang tepat, yang akan memberi persediaan untuk kesinambungan pendidikan yang lancar.

"Ketika sekolah terpaksa ditutup, ramai yang harus segera mencari kaedah untuk mengurus dan berdepan situasi ini. Disebabkan tergesa-gesa, kami menyedari ramai memiliki tahap keupayaan berbeza-beza dalam soal mengguna pakai pembelajaran secara maya.

"Ini mengakibatkan pelbagai permasalahan dan gangguan di dalam guna pakai pembelajaran secara dalam talian untuk berjaya. Melangkah ke hadapan, ia adalah kritikal untuk institusi pendidikan kekal berwaspada dan bersiap siaga bagi masa depan,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian pada satu forum secara maya bertajuk Trend dan Cabaran Pendidikan di dalam Normal Baharu: Kepentingan Pembelajaran Lancar menerusi Teknologi dan Audio Berkualiti telah dikelolakan oleh Shure, peneraju pengeluar global dalam peralatan audio yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Tertumpu kepada mengetengahkan trend dan teknologi terbaharu dalam pembelajaran maya dan hibrid, forum itu turut menampilkan Profesor Madya Universiti Putra Malaysia, Dr Mas Jaffri Masarudin dan Lim Ming Wei, Pengurus Pembangunan Pasaran Concept Audio Sdn Bhd, pengedar sah Shure di Malaysia.

Pendapat itu Dr Louis itu disokong oleh Dr Mas yang berkata, memang tepat pada masanya sistem pendidikan Malaysia meletakkan penekanan yang lebih lagi untuk melabur di dalam prasarana yang bagus.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, adalah penting untuk mempersiapkan institusi pendidikan di negara ini dengan teknologi yang lebih baik dan terkini supaya jika berlaku satu lagi bencana melanda, rakyat sudah bersedia menghadapinya.

"Pengalaman kita dengan pandemik ini adalah bukti bahawa kita wajar mula melabur di dalam teknologi, terutama di institusi pendidikan tinggi,” katanya.

Sementara itu Lim, pakar pembangunan pasaran berkata, mengguna pakai sistem pembelajaran maya yang berkesan, bukan hanya berkisar pada soal memilih peralatan yang betul.

“Sebagai tambahan kepada memilih rumusan audio betul yang dapat memisahkan bunyi sekeliling dan mengurangkan gema bilik, kami juga menasihatkan pelanggan mengenai peletakan optimum, selain susun atur peralatan yang disukat mengikut skala bergantung kepada saiz bilik (kecil, sederhana, besar)

"Opsyen fleksibel ini membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran maya yang lancar bagi guru dan juga para pelajar,” katanya.

Forum tersebut untuk melancarkan Shure Microflex Advance MXA710 Linear Array, Microflex MXN5-C Networked Loudspeaker, dan MXA Network Mute Button yang dilancarkan pada akhir tahun 2020.

Produk yang boleh didapati di seluruh dunia itu membolehkan Shure menawarkan rantaian isyarat radio yang menyeluruh, dari mikrofon hingga DSP (pemproses isyarat digital) hingga pembesar suara, sebagai sebahagian daripada Shure Microflex Ecosystem bagi persidangan audio.

Pengarah Jualan - Asia Tenggara Shure, Eric Ong berkata, memiliki prasarana teknologi tepat bagi pembelajaran secara maya dan hibrid juga akan membantu orang ramai dan institusi pendidikan swasta di Malaysia untuk kekal di hadapan.

Pada masa yang sama katanya, rumusan audio yang betul adalah begitu genting bagi komunikasi dan pembelajaran, terutama di dalam kes pelajar asing, dengan bahasa ibunda mereka tidak sama dengan yang ditutur di sini.

“Akhirnya nanti, memilih rumusan teknologi AV yang betul hendaklah dengan faktor mudah dipasang, fleksibiliti dan skalabiliti dalam persekitaran hari ini dan keserasian yang lancar dengan platform peneraju kolaborasi. Kami di Shure menawarkan rumusan lengkap di dalam satu tempat," katanya.

Beliau berkata, ekosistem persidangan audio Shure adalah fleksibel melangkaui kesemua kejuruteraan sistem audio di dalam semua jenis bilik dan memastikan pengguna akhir akan menikmati pengalaman persidangan AV yang bersepadu, berkualiti tinggi ke seluruh tempat, tanpa mengira lokasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!