MAHB catat pergerakan penumpang meningkat 153.2 peratus pada Jun

No Image Caption
A
A
A

RANGKAIAN lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan peningkatan 153.2 peratus tahun ke tahun kepada 2.4 juta pergerakan penumpang pada bulan Jun, 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, MAHB berkata, pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing berjumlah 700,000 dan 1,7 juta.

"Berasaskan tempoh 12 bulan, rangkaian lapangan terbang MAHB susut sebanyak 71.9 peratus dengan 28 juta pergerakan penumpang.

"Keseluruhan pergerakan pesawat meningkat 68.1 peratus dengan pergerakan antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat 161.8 peratus dan 43.6 peratus pada Jun, 2020," katanya.

MAHB berkata, bahawa lapangan terbang dibawah kendaliannya di Malaysia terus terjejas oleh sekatan pergerakan penuh terhadap aktiviti sosial dan ekonomi baru-baru ini, mencatatkan 200,000 penumpang pada Jun, 2021, penurunan sebanyak 57.1 peratus tahun ke tahun pada Jun, 2020.

"Sektor antarabangsa dan domestik masing-masing mencatat 59,000 dan 128,000 pergerakan penumpang.

"Keseluruhan pergerakan pesawat susut 3.2 peratus, pesawat meningkat 44.8 peratus sementara pergerakan pesawat domestik jatuh 17.2 peratus pada Jun, 2020," katanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (SGIA) di Istanbul mencatat 2.2 juta pergerakan penumpang pada bulan Jun, 2021, jumlah penumpang tertinggi bagi tempoh sebulan sejak peringkat awal penularan COVID-19 susulan pembukaan pintu sempadan Turki bermula pada 10 Jun.

Artikel Berkaitan:

Pengendali lapangan terbang itu berkata SGIA masing-masing mencatatkan 600,000 dan 1.6 juta pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik.

MAHB berkata, syarikat penerbangan mulakan lebih banyak operasi penerbangan kargo namun trafik penumpang di Malaysia terjejas oleh sekatan perjalanan.

Pada bulan Jun, 2021, jumlah penerbangan kargo termasuk pesawat sewa khas, meningkat tiga kali ganda berbanding taha sebelum penularan Covid-19 dan mencatat pertumbuhan pergerakan kargo 26.4 peratus pada Jun, 2020, atau 11.7 peratus lebih banyak daripada muatan kargo pada bulan Jun, 2019.

"Ada peningkatan dalam penerbangan kargo ke Australia, India, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan pada bulan Jun, 2021," katanya.

Selain itu, MAHB berkata, pergerakan kargo domestik untuk Jun 2021 mencatat pertumbuhan dua angka sekitar 20 peratus pada bulan Jun, 2020 atau 35.4 peratus pada Jun, 2019, sebahagiannya didorong oleh aktiviti e-dagang, penghantaran barangan yang mudah rosak dan beberapa farmasi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!