Warga emas belum terima tarikh di Lembah Klang boleh 'walk in'

Khairy
Khairy
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Warga emas sekitar Lembah Klang yang belum menerima tarikh janji temu dibenar 'walk in' ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) mulai Sabtu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, garis panduan akan disediakan di pusat PPV selain warga emas dibenarkan masuk ke PPV menggunakan laluan khas.

"Ingin saya tekankan di sini, hanya warga emas yang belum menerima tarikh janji temu boleh 'walk in'.

"Saya tidak mahu ada yang sudah dapat tarikh janji temu hadir esok," kata beliau dalam sidang akhbar perkembangan PICK yang turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pada Jumaat.

Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memberi perlindungan kepada warga emas daripada dijangkiti.

"Selain itu warga emas dipastikan menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat memandangkan jumlah jangkitan di Lembah Klang masih tinggi," katanya.

Dr Adham sebelum ini pada Khamis mengumumkan warga emas boleh mendapatkan vaksin Covid-19 secara 'walk-in' serta-merta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!