Kes dera remaja OKU: Peguam pusat penjagaan beri penjelasan

Kenyataan firma guaman yang mewakili pengasas rumah penjagaan di Wangsa Maju berkenaan.
Kenyataan firma guaman yang mewakili pengasas rumah penjagaan di Wangsa Maju berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan berdiam diri pengasas sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju berhubung kes penderaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah dibuat atas nasihat dan arahan pasukan peguam yang mewakili beliau serta pusat jagaan berkenaan untuk menghormati proses siasatan polis dan pihak berkuasa lain.

Bagaimanapun firma guaman Tetuan, Aminahtul Mardiah berkata, tindakan berdiam itu telah membuka ruang ramai pihak mengambil kesempatan dalam membuat pelbagai spekulasi, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas

Menurut beliau, tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dihentikan segera.

“Justeru, kenyataan ini dikeluarkan bagi tujuan menjelaskan dan menjawab tuduhan serta tohmahan yang timbul selain daripada isu yang masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video didera, hak penjagaan adik Bella dilucut serta merta

Mengulas lanjut, Aminahtul berkata, merujuk kepada isu berkaitan penderaan yang dilakukan ke atas remaja berkenaan, pendirian anak guamnya masih kekal bahawa tiada sebarang penderaan berlaku.

Tambah beliau, memandangkan isu masih dalam siasatan polis dan pertimbangan pihak pendakwaan, anak guamnya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa atas segala urusan yang berkaitan.

“Harus diingat, tindakan penyebaran gambar-gambar serta video yang menunjukkan tubuh remaja berkenaan adalah melanggar peruntukan undang-undang yang digariskan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain menjelaskan isu dakwaan terhadap remaja itu, Aminahtul turut menyatakan perkara lain antaranya dakwaan berhubung kematian seorang lagi kanak-kanak di bawah jagaan pusat berkenaan dikaitkan dengan penderaan, pusat jagaan tidak berdaftar dan penafian dakwaan menjalankan kegiatan penjualan bayi.

Sementara itu, kenyataan itu juga turut menjelaskan dakwaan berkaitan anak-anak jagaan pengasas rumah penjagaan yang menjadi tular dan dipertikaikan serta penafian isu tangkap layar komunikasi bekas penghuni pusat jagaan yang disebarkan dengan dakwaan didera.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes dera: Pemilik rumah penjagaan ditahan

Pada 6 Julai, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof dalam kenyataan memaklumkan, polis menerima laporan mengenai kes penderaan remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju pada 24 Jun lalu.

Mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) sindrom down mengalami kesan melecur pada dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka pada bahagian badan lain.

Mangsa yang tinggal di kondominium berkenaan sejak 14 Julai 2020 telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Rumah penjagaan itu turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Remaja OKU didakwa didera: Seorang wanita ditahan bantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!