Covid-19: China lapor dua kes baharu jangkitan tempatan

Terdapat 28 kes import iaitu 11 dilaporkan di Yunnan, lima di Hunan, empat di Fujian, tiga di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang dan Shaanxi manakala satu di Guangdong. Gambar hiasan
Terdapat 28 kes import iaitu 11 dilaporkan di Yunnan, lima di Hunan, empat di Fujian, tiga di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang dan Shaanxi manakala satu di Guangdong. Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - Dua kes baharu Covid-19 dilaporkan di Yunnan membabitkan jangkitan tempatan, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dalam laporan hariannya pada Sabtu.

Menurut Agensi Berita Xinhua, terdapat 28 kes import iaitu 11 dilaporkan di Yunnan, lima di Hunan, empat di Fujian, tiga di Shanghai, masing-masing dua di Zhejiang dan Shaanxi manakala satu di Guangdong.

Tiada kes kematian baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!