Kes Covid-19 menurun ketara selepas suntikan vaksin: PM
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Data pemberian vaksin setakat ini menunjukkan bahawa usaha pemberian vaksin berjaya menurunkan jumlah kes Covid-19 yang serius dengan ketara.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat dilihat dari jumlah kemasukan warga emas ke Hospital Sungai Buloh bagi kes positif kategori empat dan lima yang mencatatkan penurunan melebihi 50 peratus dalam tempoh sebulan lepas; dan kumpulan warga emas merupakan antara sasaran bagi Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Kini impak positif pemberian vaksin ini mulai dapat dilihat,” katanya dalam catatan di Facebooknya pada Sabtu.
Fasa dua PICK yang bermula sejak 19 April lepas hingga Ogos melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain Orang Kurang Upaya.
Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, data sama ditunjukkan dalam kalangan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, yang menerima vaksin lebih awal pada fasa satu PICK. - Bernama
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!