170,470 tan sisa pepejal dari Kuching dilupus tahun lalu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Kira-kira 170,470 tan sisa pepejal dari kawasan Kuching dilupuskan di Kuching Integrated Waste Management Park, Mambong dekat sini pada tahun lepas.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bakrie Zaini berkata, pelupusan sisa pepejal untuk penduduk Kuching di tapak pelupusan sanitari tahap 4 itu melibatkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

“Kementerian sangat komited dalam menggalakkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan pengurangan sisa pepejal.

“Tapak pelupusan sanitari tahap 4 ituadalah kategori tapak pelupusan yang terbaik kerana dilengkapi dengan loji perawatan air sisa selain kemudahan pembakaran sisa berbahaya dan sememangnya akan memberi impak yang minimum kepada alam sekitar,” katanya pada majlis pelancaran pertandingan kitar semula peringkat sekolah di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan di sini hari ini.

Dengan penduduk Sarawak seramai 2.8 juta, pelupusan sisa per kapita adalah kira-kira 0.75 dan 0.14 kg/kapita/hari pada masa kini, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!