Ebit Lew, Caprice trending di Twitter
SHAH ALAM - Kontroversi melibatkan penyanyi Caprice dan pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew menyebabkan kedua-dua nama tersebut kini trending di Twitter.
Tinjauan Sinar Harian di laman Twitter mendapati, sehingga jam 5 petang Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli diciap sebanyak 202,000 kali manakala Ebit Lew lebih 27,600 kali.
Media sebelum ini melaporkan, kontroversi berkenaan didakwa dicetuskan oleh Caprice apabila menegur Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.
Caprice yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu kerana menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berharap isu antara mereka dapat diselesaikan tanpa perlu dihebohkan di laman sosial.
"Kesian tengok ustaz Ebit Lew. Baru sahaja kehilangan ayah 'tup tup' Caprice pula bagi tekanan.
"Kalau ia pun rilek la dulu bang, jangan gelojoh sangat. Bincang bagus-baguskan boleh. Kenapa perlu hebohkan di media sosial?" soal afendi_sulaiman.
Selain itu ada juga netizen yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan berharap pihak yang benar akan sentiasa menang.
"Aku tak tahu la mana betul antara Caprice dengan Ustaz Ebit Lew.
"Tapi aku harap kebenaran akan dapat didedahkan," ciap Umai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!