'Selamat maju jaya buat kontinjen Tokyo 2020 negara'
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yakin kontinjen negara mampu mempamerkan aksi terbaik pada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal menyingkap tirainya pada 23 Julai ini.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos.
“Saya yakin atlet-atlet kita mampu berdaya saing dengan atlet negara lain di persada dunia untuk mencapai kecemerlangan.
“Tahniah juga saya ucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas usaha beliau dalam memastikan kontinjen negara dapat pergi ke Olimpik Tokyo kali ini walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19 yang masih berterusan.
“Bersama-sama kita doakan kecemerlangan untuk atlet-atlet kebangsaan kita di Tokyo. Give it your best and make us proud!,” katanya yang petik dari HRH Crown Prince of Johor.
Untuk rekod, kontinjen 30 (K30) atlet negara bakal bertanding dalam 27 acara yang melibatkan 10 jenis sukan dengan matlamat utama untuk merangkul pingat emas pertama negara.
Pada edisi Rio 2016 sebelum ini, kontinjen negara yang diwakili 32 atlet berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa yang juga pencapaian terbaik negara di temasya sukan terbesar dunia tersebut.
KONTINJEN 30 (K30) ATLET TOKYO 2020
MEMANAH
Khairul Anuar Mohamad
Syaqiera Binti Mashayikh
OLAHRAGA
Lee Hup Wei
Azreen Nabila Alias
BADMINTON
Lee Zii Jia
Soniia Cheah
Aaron Chia & Soh Wooi Yik
Chow Mei Kuan & Lee Meng Yean
Chan Peng Soon & Goh Liu Ying
BERBASIKAL
Mohd Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus Sahrom
TERJUN
Nur Dhabitah Sabri
Ng Yan Yee
Cheong Jun Hoong
Pandelela Rinong Pamg & Leong Mun Yee
GOLF
Gavin Green
Kelly Tan
GIMNASTIK
Farah Ann Abdul Hadi
Jeremiah Loo Phay Xing
PELAYARAN
Khairulnizam Mohd Afendy
Nur Shazrin Mohd Latif
Nuraisyah Jamil
Juni Karimah Noor Jamali
MENEMBAK
Nur Suryani Mohamed Taibi
RENANG
Welson Sim Wee Sheng
Phee Jing En
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!