Penggantungan Butchart ditangguhkan
ATLET olahraga jarak jauh Britain, Andrew Butchart bakal beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah pihak UK Atheletics (UKA) menangguhkan penggantungan yang dikenakan terharap atlet berusia 29 tahun itu kerana meminda tarikh ujian Covid-19 yang buat ke atasnya.
Hasil siasatan mendapati, Butchart mengakui telah meminda tarikh ujian berkenaan pada tarikh ujian sebelumnya berikutan berlaku kelewatan mendapatkan keputusan ujian terkininya.
Situasi itu menyaksikan Butchart yang turut beraksi pada Olimpik Rio 2016 lalu bakal meneruskan persiapannya bagi menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.
“Semua orang memiliki (keputusan) ujian PCR yang palsu kerana pabila anda hendak pergi ke mana-mana, ia akan menjadi terlalu sukar.
“Saya tidak pernah melakukannya sebelum dan ia adalah kali pertama saya melakukan perkara yang pernah dilakukan oleh atlet-atlet yang saya kenali di mana mereka turut menggunakan keputusan ujian PCR lalu.
“Apa pun, saya memohon maaf kepada pasukan Great Britain dan juga kepada pihak penganjur di Tokyo atas perkara ini,” katanya.
Untuk rekod, Butchart yang bakal menyertai acara 5,000m selain turut pernah menyertai acara bagi 3,000m dan 10,000m sebelum ini.
Terdahulu, Butchart dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada terlibat dengan apa-apa juga aktiviti berkaitan sukan olahraga selain turut dikenakan denda berjumlah RM29,000 (5,000 pounds (US$6,886).
Sementara itu menerusi satu kenyataan media, pihak UKA menegaskan bahawa Butchart akan dikenakan hukuman salah laku berhubung pemalsuan ujian Covid-19 berkenaan.
Malah, Butchart turut diberikan amaran agar tidak mengulangi lagi perbuatan berkenaan dan perlu membuat permohonan maaf secara kepada UKA.
“Dia (Butchart) telah melakukan kesalahan dan akan dikenakan tindakan oleh UKA kelak,” menurut kenyataan media berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!