Individu rentas sempadan, tidak dibenarkan solat Aidiladha di Perlis

Tuanku Syed Faizuddin
Tuanku Syed Faizuddin
A
A
A

KANGAR - Individu yang merentas sempadan atau negeri samada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari tidak dibenarkan hadir menunaikan solat Aidiladha pada Selasa ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan itu turut terpakai kepada ahli keluarga mereka yang tinggal bersama kecuali individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin.

Titah baginda, pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Bagi kariah Kota Raja Arau, solat Aidiladha akan didirikan di Dataran Istiadat Istana Arau pada jam 8 pagi untuk sesi pertama manakala bagi sesi kedua di pekarangan Masjid Negeri Arau pada jam 9 pagi, sekiranya berlaku limpahan jemaah," titah baginda dalam kenyataan pada Ahad.

Baginda yang juga Yang DiPertua MAIPs bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, hanya satu sesi solat akan dilaksanakan di masjid-masjid berdasarkan kapasiti maksimum dengan penjagaan SOP ketat pada jam 8.30 pagi.

"Bagi jemaah yang tidak dapat menyertai solat berjemaah di masjid mereka boleh menunaikan solat Aidiladha di rumah seperti panduan dan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis," titah baginda lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!