Everton bakal ‘lepaskan’ Rondriguez

Rondriguez. - Foto Football Fancast
Gambar kecil: Benitez. - Foto Football Fancast
Rondriguez. - Foto Football Fancast Gambar kecil: Benitez. - Foto Football Fancast
A
A
A

PEMAIN Colombia, James Rondriguez dilihat sebagai antara pemain yang bakal dijual oleh Everton, bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Ogos ini.

Perkara itu ditegaskan pengendali baharu Everton, Rafa Benitez ketika mendedahkan mengenai perancangannya terhadap skuad The Toffees itu bagi mengharungi musim baharu EPL 2021/22 kelak.

“Semua orang tahu, kelab ini telah membelanjakan wang yang banyak sejak beberapa tahun lalu dan ia adalah antara sebab saya membuat keputusan ini (menjual Rondriguez).

“Jika anda memiliki pemain dengan gaji yang besar, tetapi tidak beraksi anda perlu mencari jalan penyelesaiannya.

“Sekali gus, ia memerlukan wang untuk anda mendapatkan pemain-pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan anda,” katanya.

Untuk rekod, Rondriguez adalah salah seorang pemain yang menerima bayaran gaji tertinggi di Goodison Park.

Justeru, tindakan untuk ‘melepaskan’ berusia 30 tahun itu dilihat sebagai tindakan yang tepat dalam usaha menyelamatkan kantung kelab berkenaan.

Dalam pada itu pada sidang media baru-baru ini, Benitez turut mendedahkan mahu mendapatkan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perancanganya itu sekali gus bakal melibatkan beberapa pemain yang menerima gaji tertinggi bakal ‘dilepaskan’ untuk beraksi bersama pasukan baharu kelak.

“Saya mahu membawa masuk pemain baharu dan untuk memastikan ia berlaku beberapa pemain dengan gaji yang tinggi perlu dilepaskan.

“Kita mahu membentuk pasukan baharu dengan pemain baharu yang mampu membuatkan pasukan ini kembali muncul sebagai antara pasukan yang kuat dalam saingan EPL,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!