IOC pertahan penyertaan Hubbard

Hubbard. - Foto Gold Coast 2018 Commonwealth Games
Hubbard. - Foto Gold Coast 2018 Commonwealth Games
A
A
A

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) mempertahankan tindakan New Zealand yang menyenaraikan atlet angkat berat, Laurel Hubbard dalam acara wanita di Olimpik Tokyo 2020.

Hubbard mencipta kontroversi apabila muncul atlet transgender pertama menyertai Sukan Olimpik dan bakal mengambil bahagian dalam kategori super heavyweight (87kg ke atas) wanita di Tokyo nanti.

Penyertaannya sebelum ini pernah mendapat tentangan hebat memandangkan dia mempunyai kekuatan dan tenaga lelaki biarpun selepas ‘bertukar’ menjadi wanita pada 2012.

Presiden IOC, Thomas Bach berkata, peraturan untuk kelayakan tersebut telah ditetapkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa sebelum kelayakan dimulakan.

"Peraturan ini telah dikuatkuasakan dan anda tidak dapat mengubah peraturan ketika kejohanan berlangsung.

"Namun, peraturan tersebut akan dikaji semula bersama semua pihak yang berkepentingan untuk menetapkan garis panduan baru pada masa depan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!