ADUN Teratai, 29 individu ditahan bawah Akta Perhutanan

Bryan Lai Wai Chong bersama 29 individu lain kerana dipercayai memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.
Bryan Lai Wai Chong bersama 29 individu lain kerana dipercayai memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bryan Lai Wai Chong bersama 29 individu lain kerana dipercayai memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.

Pengarah JPNP, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, kesemua mereka yang berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor itu akan disiasat di bawah Seksyen 47 dan 88 Akta Perhutanan Negara 1984.

ARIKEL BERKAITAN: Masuk hutan ketika PKP, ADUN Teratai beri keterangan

Beliau memberitahu, mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan untuk saringan kesihatan.

"Sebanyak 11 buah kenderaan pacuan empat roda disita dan setakat ini polis masih melakukan siasatan," katanya.

Beliau sebelum itu memberitahu, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8 pag pagi pada Ahad di Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan, Lipis.

Menurutnya siasatan awal mendapati, kumpulan berkenaan memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis sekitar jam 11 pagi pada Sabtu tanpa kebenaran tetapi dimaklumkan tujuan mereka memberi bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Lipis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!