Duit simpanan 36 tahun 'hangus' diperdaya Lucas

Foto 123RF - Gambar kecil: Elias
Foto 123RF - Gambar kecil: Elias
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pesara jururawat kerugian RM326,586 akibat diperdaya sindiket love scam selepas berkenalan dengan seorang individu dikenali menerusi Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa telah berkenalan dengan individu yang menggunakan akaun 'Lucas Cai' pada 1 Mac lepas.

Pada awalnya, mangsa beranggapan anak saudaranya menggunakan nama Lucas Cai di Facebook tetapi tersilap dan mereka mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

"Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Lucas berasal dari United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera pelantar di sebuah syarikat di Nortern Ireland.

"Sepanjang perkenalan mereka, suspek meminta pertolongan daripada mangsa dari segi sumber kewangan kerana projek atau tender suspek iaitu pembaikan 'Slinder Pam' telah rosak serta perlu ditukar baru," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa melakukan empat kali transaksi bayaran secara berperingkat ke tiga akaun bank yang berbeza di kaunter Maybank Alor Setar pada 18 Mac hingga 19 April 2021 berjumlah RM326,586 atas dasar kasihan dan rayuan suspek.

Elias berkata, sumber kewangan itu daripada simpanan wang semasa mangsa bekerja selama 36 tahun dan simpanan wang insurans.

Katanya, mangsa membuat laporan polis pada Sabtu selepas menyedari ditipu dan melihat laman web di Google membabitkan dua individu lain ditipu dengan modus operandi yang sama.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan love scam atau pujuk rayu individu di melalui media sosial.

Menurut Elias, orang awam diingatkan tidak terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial terutama kepada mereka yang tidak pernah ditemui.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!