ABIM sokong gerakan 'komunitarianisme'

Muhammad Faisal dalam forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.
Muhammad Faisal dalam forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong gerakan komunitarianisme sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kuasa golongan politik dalam negara ini.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, gerakan tersebut menggalakkan masyarakat menjaga kelompok mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kuasa eksekutif elit sedia ada.

“Jadi kita mempersiapkan masyarakat dengan mentaliti berdikari, mandiri, dan tidak lagi bergantung kepada elit politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum analisis bertajuk ‘Negara Dalam Krisis, Apa Solusi Terbaik?’ menerusi platform media sosial Sinar Harian, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dialetika TV pada Ahad.

Forum yang dikendalikan Syed Munawar Syed Mustar itu turut menampilkan Pengerusi dan Pengasas Bersama Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak; Ketua Strategic Hak Asasi Manusia, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Firdaus Husni dan Timbalan Presiden Ikram, Badlishah Sham Baharin sebagai panelis.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, pemikiran masyarakat dilihat begitu selesa dengan sistem politik negara berasaskan sistem feudal.

Menurutnya, pemikiran tersebut perlu diubah bagi mengurangkan kebergantungan mereka kepada kelompok elit.

“Selagi mana kita ada pemikiran bahawa eksekutif berkuasa sepenuhnya atau disandarkan untuk menyelamatkan rakyat, selagi itu kita selesa dengan ruang yang ada.

Artikel Berkaitan:

“Sistem politik yang berasaskan feudal hanya mengharapkan eksekutif dan dalam masa yang sama membawa kepada rasa selesa dalam kalangan rakyat.

“Akhirnya ia mengakibatkan kita gagal melakukan perubahan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!