Puspakom Selangor beroperasi semula esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Selangor beroperasi semula Isnin kecuali Puspakom Batu Caves yang akan memulakan operasi pada 21 Julai ini

Menurut kenyataan pada Ahad, pengoperasian pusat itu termasuk perkhidmatan bergerak Puspakom di kawasan Lembah Klang melibatkan semua jenis pemeriksaan kenderaan.

“Pelanggan yang ingin menjalani pemeriksaan kenderaan wajib membuat janji temu secara dalam talian sebelum hadir ke Puspakom atau mengguna perkhidmatan bergerak. Pemeriksaan secara jumpa terus tidak dibenarkan.

“Pelanggan yang hadir pemeriksaan disarankan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan MySejahtera diimbas sebelum masuk ke premis,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!