Uruskan sisa buah-buahan dengan sempurna: SWM Environment

SWM Environment meminta orang ramai menguruskan sisa buah-buahan tempatan dengan berhemah sepanjang musim buah-buahan ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Norlisam)
SWM Environment meminta orang ramai menguruskan sisa buah-buahan tempatan dengan berhemah sepanjang musim buah-buahan ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Norlisam)
A
A
A

SEREMBAN – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) meminta orang ramai untuk menguruskan sisa buah-buahan tempatan dengan berhemah sepanjang musim buah-buahan ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, sisa buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya, perlu diuruskan dengan sempurna di bekas yang sepatutnya.

“Sisa buah-buahan ini perlu dibungkus di dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan dibuang ke dalam tong sampah beroda.

"Pengurusan sisa buah-buahan tempatan yang dilakukan secara berhemah dapat memelihara kebersihan kawasan persekitaran dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, bagi sisa buah-buahan seperti kulit durian perlu dibungkus kemas serta tahan tusuk, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan dimasukkan ke dalam tong sampah beroda.

Katanya, pada waktu ini penjagaan kebersihan melalui pengurusan sisa dengan berhemah, perlu diutamakan bagi memastikan tahap kebersihan berada dalam keadaan baik.

"Dalam menangani penyebaran wabak serta mewujudkan persekitaran yang bersih sepanjang masa, kita perlu bersama-sama menjaga kebersihan," katanya.

Menurutnya, bagi kutipan sisa domestik, ia dilaksanakan sebanyak dua kali seminggu dan orang ramai perlu memastikan tong sampah beroda berada dalam keadaan bertutup bagi mengelakkan haiwan liar menyelongkar tong yang diletakkan di hadapan rumah.

Artikel Berkaitan:

Jadual kutipan sisa pepejal boleh disemak melalui papan tanda perkhidmatan SWM Environment di pintu keluar masuk taman perumahan atau menghubungi talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!