Saksi kemalangan maut diminta tampil

Saksi kemalangan maut membabitkan penunggang sebuah motosikal dengan sebuah van di jalan Lapangan Terbang Subang di sini pada 1 Julai lalu diminta tampil untuk membantu siasatan. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
Saksi kemalangan maut membabitkan penunggang sebuah motosikal dengan sebuah van di jalan Lapangan Terbang Subang di sini pada 1 Julai lalu diminta tampil untuk membantu siasatan. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
A
A
A

PETALING JAYA - Saksi kemalangan maut membabitkan penunggang sebuah motosikal dengan sebuah van di jalan Lapangan Terbang Subang di sini pada 1 Julai lalu diminta tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah Van Toyota Hiace dan sebuah motosikal Modenas Kriss.

"Siasatan awal mendapati kemalangan disedari berlaku apabila pemandu van terdengar bunyi yang kuat dari arah belakang kenderaannya.

"Setelah diperiksa, didapati seorang penunggang motosikal melanggar vannya dan mengalami cedera parah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan telah dimasukkan ke zon merah bagi mendapatkan rawatan.

"Pada keesokan hari, kira-kira 11.48 malam, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital tersebut," katanya.

Mohd Fakhrudin memohon orang awam yang melihat atau berada di tempat kejadian, tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!