Lebih baik berdiam diri: Ayda Jebat
PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, 27, tidak mahu masuk campur perkara yang berlaku antara aktres Janna Nick dengan penerbit, Sheila Rusly.
Menurut pemenang Aktres Pilihan (Drama Dekatkan Jarak Kita) di Anugerah DFKL 2016 ini, sebaiknya tidak ambil tahu dan memberikan komen lanjut kerana dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Hubungan mereka tu sangat beautiful sampaikan peminat pun berasakan yang sama. Jadi bila jadi macam tu, mestilah semua sedih.
"Mungkin ada perselisihan faham yang terjadi kita pun tak tahu... Oleh itu saya harapkan agar semuanya kembali seperti biasa.
"Saya pun tak nak masuk campur, lebih baik berdiam diri," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Anas Kosmetik.
Mengenai perkembangan terkini, selain dilantik menjadi Duta Anas Kosmetik, Ayda juga kini sibuk dalam menyiapkan album sulungnya yang bakal dikeluarkan tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!