Wanita 'gelang pink' dalam perjalanan pulang dari CAC

Gambar wanita memakai gelang merah jambu yang tular di media sosial.
Gambar wanita memakai gelang merah jambu yang tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya menjelaskan isu berhubung foto seorang wanita yang memakai gelang dalam pengawasan (PUS) Covid-19 seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid Berkata, pihaknya mendapati wanita tersebut menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Kota Damansara pada Sabtu dan disahkan positif Covid-19.

"Wanita tersebut juga pergi ke pusat penilaian Covid-19 (CAC) Shah Alam pada 4 petang Ahad," katanya.

Beliau berkata, gambar wanita yang tular itu sebenarnya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari CAC Shah Alam.

"Wanita itu dalam perjalanan balik ke rumah pada jam 6 petang. Dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah atas arahan daripada CAC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penunggang motosikal itu juga positif Covid-19," katanya.

Menurutnya, imej tular itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter pada jam 7.13 petang, Ahad.

"Wanita tersebut membonceng motosikal jenis Yamaha 135LC. Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, di sini," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung imej tular tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai isu tidak sihat," tegas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!