The Rhinos perolehi pengajaran berguna di Larkin

Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Sabah menentang JDT II di Larkin.
Antara aksi menarik perlawanan persahabatan Sabah menentang JDT II di Larkin.
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mengakui berpuas hati apabila dua aksi persahabatan menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin mencapai matlamat skuad The Rhinos tersebut.

Menurut Kurniawan, pada perlawanan kedua malam tadi beliau menurunkan pemain-pemain yang kurang mendapat minit perlawanan sebelum ini bagi mengembalikan tahap kecergasan selain keyakinan diri masing-masing.

Menurut pengendali berusia 44 tahun itu lagi, menentang kelab seperti JDT II memerlukan setiap pemain lebih bersedia beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi.

"Saya tidak melihat kepada keputusan perlawanan hari ini, sebaliknya yang paling penting bagaimana pemain-pemain dapat menangani tekanan sebagai persediaan menentang PJ City.

“Biarpun begitu saya akui ternyata memang banyak sekali yang harus kita perbaiki. Ini perlu diambil perhatian bagaimana pemain-pemain harus lebih yakin tidak cepat hilang bola.

“Saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain Sabah, mereka sebenarnya bisa tapi memang berat la....sebab permainan pertama mereka ini tentu pemain akan merasa tekanan,” kata bekas pemain Indonesia tersebut.

Pada perlawanan tersebut, The Rhinos kendalian Kurniawan akur tewas 0-2 kepada skuad feeder Harimau Selatan tersebut.

Untuk rekod, pada pertemuan pertama Sabtu lalu, Sabah menewaskan JDT II 3-1.

Artikel Berkaitan:

Mengenai corak permainan import dari Croatia, Josip Ivančić dan Nazirul Naim Che Hassim, Kurniawan menegaskan kedua-dua pemain tersebut perlu segera membentuk keserasian dengan pemain-pemain Sabah lain.

“Terus terang kami masih punya expectation yang lebih tinggi melihat game yang pertama dan berharap pada perlawanan sebenarnya menentang PJ City, mereka berdua akan perform dengan kemampuan terbaik mereka,” katanya.

Pada masa sama, Kurniawan juga berpuas hati dengan prestasi empat pemain skuad Bawah 22 The Rhinos sambil menyifatkan mereka mempunyai masa depan yang cerah bersama pasukan senior.

“So far' saya puas hati kerana mereka bisa menyatu dengan pemain yang lain mereka tidak gementar...kemudian mengerti apa yang jadi game plan kita. Jadi mereka punya harapan yang sangat baik ke depan.... tinggal saja di mana mereka kerja lebih keras lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!